Aktor Tempatan Popular Kena Liwat Oleh Banduan Lain Ketika di Penjara

Share This:

Gosip mengenai pelakon dan penyanyi ini yang dikatakan pernah diliwat beberapa kali ketika dalam tahanan di penjara menjadi tular. Artis ini pernah beberapa kali membuat laporan pada seorang Warden di sebuah Penjara di Malaysia.

Pelakon yang popular kerana wajahnya yang tampan dan bergaya ini pernah didakwa memiliki dadah dan menjalani hukuman penjara selama beberapa tahun. Memetik dari Hangat.com yang mendapat sumber  dari Warden di sebuah penjara itu sendiri namun tidak mahu dedahkan nama kerana bimbang akan mengganggu proses siasatan.

Dia memberitahu, artis tersebut ada mengadu tidak tahan kerana sering diliwat berkali-kali oleh banduan lain di penjara berkenaan. Warden itu turut menambah, artis ini menjadi mangsa diliwat kerana wajahnya yang agak ‘jambu’ (feminin) mendorong banduan-banduan lain tertarik untuk memuaskan nafsu masing-masing.

Apa-apa pun, jika hal ini menjadi serius, pesalah boleh ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan luar tabii tanpa kerelaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*