5 Beranak Bunuh Diri Terjun Depan Tren

Share This:

Guru muzik dan isteri serta tiga anak perempuan mereka bersama-sama membunuh diri dengan melompat di hadapan sebuah kereta api, lapor Mirror.



Kejadian itu menggemparkan masyarakat di India apabila mayat lima sekeluarga berkenaan ditemui bergelimpangan di atas landasan kereta api.


Semua mayat itu ditemui pemandu kereta api berhampiran bandar Sambalpur, timur India.





Mangsa ialah Dharanidhar Panda dan isteri, Sangeeta, bersama tiga anak mereka dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun.


Rakan sekerja dan pelajar di sekolah tempat Dharanidhar mengajar terkejut dengan kejadian itu kerana kelakuannya kelihatan normal pada kali terakhir dia mengajar pada Selasa.


Menurut mereka, Dharanidhar merupakan seorang guru yang ikhlas dan baik, malah dia tak pernah menunjukkan tanda kemurungan. 



Foto: Mirror



Motif sebenar kejadian masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*