200 Orang Peserta SSTTB Mulakan Kerja-kerja Bersihkan Rumah Mangsa Banjir Di Permatang Pauh

Share This:

 

Pukul 9.00 pagi tadi ,Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) dikatakan  telah memulakan operasi pasca banjir di Pulau Pinang dan mulakan operasi tersebut di kawasan Permatang pauh.

 

Dilaporkan seramai 200 orang peserta SSTTB memulakan kerja-kerja membersih rumah penduduk yang ditenggelami banjir dua hari lalu dibahagikkan ke empat buah kampung yang terjejas.

 

Menurut sumber,antara kampung yang terlibat kawasan operasi Kampung Belah Dua, Kampung Mukim Enam, Kampung Pertama dan Kampung Terus di Parlimen Permatang Pauh.

 

Pada sebelah petang SSTTB akan membersih kawasan Sekolah Agama Rakyat Al Madiah Padang Lalang.

 

Dijangka Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu YB Dato’ Rozi Mamat dan Ketua Pergerakan Pumuda UMNO Negeri Terengganu Mohd Johari Abu Bakar akan bersama SSTBB petang disini.

 

sumber:terengganutimes

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*