Wanita Tak Berbaju Kantoi ‘Rembat’ Tip Pemandu Uber

Share This:

Seorang penumpang dirakam kamera mencuri wang tip pemandu Uber, lapor Metro.co.uk.





Wanita itu, Gabrielle Canales, 18, menaiki Uber bersama dua lagi rakannya di New York, menyeluk ke dalam balang tip di antara tempat duduk pemandu dan penumpang. Dia bagaimanapun, tidak menyangka tindakannya itu dirakam kamera dengan jelas.



Foto: Metro



Menerusi rakaman kamera, mereka pada mulanya sedang berborak dengan senyap di tempat duduk belakang dan hanya menyedari balang berkenaan ketika kereta dinaiki berhenti.


Sejurus itu, wanita berkenaan cepat-cepat mengambil wang di dalam balang berkenaan sebelum ‘cabut lari’.


Sebaik sahaja pintu dihempas, pemandu berkenaan, Mohammed H. Bhuiyan, menoleh ke belakang dan mendapati wangnya sudah lesap.


Di penghujung video itu, kelihatan pemandu membunyikan hon sebelum keluar dari kenderaannya, namun mereka sudah hilang dari pandangan.


Video itu dimuat naik Mohammed di laman sosial pada Ogos dan tular sejak minggu lalu. Dia kemudiannya dinasihatkan Uber untuk melaporkan insiden berkenaan kepada polis.


Menyedari dirinya sedang hangat diperkatakan, Gabrielle tanpa rasa bersalah memuat naik gambar di Instagram (IG) miliknya berserta kapsyen.

“Saya hanya mengambil lima dolar sahaja,” tulis Gabrielle yang turut mendakwa sudah memulangkan wang itu kepada Mohammed.


Akaun IG Gabrielle sudah dipadam dan dia diharamkan daripada mengakses aplikasi Uber.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*