Sibuk Nak Ke Hollywood, Mana Sempat Kahwin VIP-Raja Illya

Share This:

Gamat jadinya bila khabar Raja Illya bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang VIPtersebar.


Ramai yang tertanya-tanya siapa agaknya VIP yang dimaksudkan namun sebenarnya ia adalah gosip liar semata-mata.

Menurut aktres jelita ini, dia langsung tidak memikirkan soal perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya sekarang.


“Ini adalah kali pertama saya mendengar berita ini dan tidak benar sama sekali. Sekarang belum masanya lagi untuk mendirikan rumah tangga kerana sibuk dengan persediaan untuk ke Hollywood pada Februari ini.

“Sejak bulan Mei saya sudah berhenti menerima sebarang tawaran berlakon dalam produksi tempatan semata-mata mahu memberi fokus terhadap perkara ini,” katanya pada Utusan Online.

Foto: IG Raja Illya

Menurut aktres ini, dia sangat terkejut bila timbul cerita mengenainya.


“Saya kena fikirkan mengenai kewangan, menguruskan keluarga terutama penempatan ibu saya di sini ketika saya berada di Hollywood kelak. Itu sahaja buat masa ini.”

Foto: IG Raja Illya

Illya turut mengaku yang hubungannya dengan kekasih yang juga merupakan seorang warganegara Australia masih berkekalan sehingga kini.


Apa pun semoga hubungan cinta dan kerjaya,  semuanya berjalan lancar buat Raja Illya. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*