Sia Belanja Gambar Bogel Sendiri

Share This:

Paparazi di Hollywood memang benar-benar gila. Setiap langkah artis akan diikuti, bukan sahaja di luar tapi sampai di dalam rumah!


Selepas nama-nama besar seperti Justin Bieber, Miley Cyrus, Zac Efron menjadi mangsa, kali ini giliran Sia pula.


Menurut laporan Daily Mail,  paparazi berjaya merakam gambar bogel Sia dan punggungnya memang kelihatan begitu jelas sekali.

Foto: Twitter

Menyedari gambar bogelnya dijual oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mengaut keuntungan, Sia tampil memberikan reaksi yang mengejutkan semua orang.


Menerusi laman Twitternya, pelantun lagu Chandelier ini memuat naik gambar bogel tersebut dan melakukannya untuk percuma.

“Seseorang nampaknya cuba menjual gambar bogel saya kepada peminat. Jimatkan duit anda, nah ianya untuk percuma!”


Sia berpendapat lebih baik memberikannya secara percuma, supaya orang lain tidak menyalahgunakannya.

Mungkin tindakannya ini merupakan sesuatu yang bijak?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*