Sembur Cecair, Pasangan Suami Isteri Diburu Polis

Share This:

Berang tayar kereta dikunci, seorang lelaki bertindak menyembur sejenis cecair ke muka penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

 
Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di hadapan restoran di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri Puchong, Serdang lebih kurang jam 12 tengah hari, kelmarin.
 
Ketika kejadian, mangsa sedang mengunci tayar sebuah kereta yang di parkir di tempat tak sepatutnya sebelum dihampiri dan dimarahi sepasang suami isteri dipercayai pemilik kenderaan berkenaan.
 
“Mangsa bersama seorang rakan setugasnya mengunci Honda City milik suspek sebelum pasangan terbabit memarahinya.
 
“Suspek lelaki bertindak agresif dengan menyembur sejenis cecair ke muka mangsa sebelum melarikan diri bersama isterinya,” kata Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias.
 
Akibat semburan itu, mangsa mengalami kesukaran bernafas dan pedih mata.
 
Berikutan kejadian, polis sedang mengesan pasangan terbabit bagi membantu siasatan.
 
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian turut diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*