Pembangunan Pelan Induk 2018-2025 Bantu Terengganu Capai Sasaran 6.5 juta Kehadiran Pelancong

Share This:

 

Kerajaan negeri dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dikatakan bekerjasama untuk membangunkan kajian Pelan Induk Pelancongan Terengganu 2018-2025 yang dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

 

Menurut sumber ,Pembangunan pelan induk itu bagi membantu Terengganu mencapai sasaran 6.5 juta kehadiran pelancong dan meraih perbelanjaan pelancong sebanyak RM6 bilion menjelang 2025.

 

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah memperkenalkan pelan induk berkenaan bagi mempelbagaikan sumber ekonomi yang mampu menyumbang kepada perolehan kerajaan negeri yang kini 85 peratus disumbangkan oleh sektor minyak dan gas.

 

Beliau berkata, sektor itu mempunyai potensi besar untuk Terengganu memandangkan ketika ini ia menyumbang sekitar 10 hingga 15 peratus setahun kepada perolehan negeri dan memberi pelbagai sudut limpahan ekonomi.

 

“Berdasarkan kajian yang lalu, pelancongan membawa kepada kesan berganda sebanyak tiga kali kepada perkembangan ekonomi dan 2.5 kali ganda kepada mewujudkan peluang pekerjaan.

 

“Menerusi pengenalan pelan induk ini, kami juga menyasarkan 7,000 peluang pekerjaan dapat dicipta menjelang 2020,” katanya pada majlis menandatangi kerjasama membangunkan pelan induk berkenaan antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Pemandu di Kuala Lumpur, hari ini.

 

Turut hadir sama, Presiden Pemandu merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Idris Jala yang menyaksikan majlis menandatangi perjanjian kerjasama itu.

 

Sumber:terengganutimes

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*