Parti Halloween Kecoh Seketika,Lelaki Pakai Kostum Asia Barat Hadir

Share This:

 

Parti Hallowen kecoh seketika apabila dihadiri seorang lelaki yang memakai satu kostum menyerupai pakaian lelaki Asia Barat namun dilengkapi tali pinggang yang seolah-olah dilengkapi bahan letupan.

 

Dalam kejadian pada 28 Oktober 2017 bertempat di kondominium di Damansara Perdana, kejadian tersebut dipercayai menimbulkan kekecohan di kalangan penduduk kondominium tersebut ketika hadir ke parti tersebut.

 

Gara-gara memakai pakaian ala-ala pengebom berani mati seperti militan Daesh, seorang lelaki ditahan oleh pihak polis.

 

Khuatir dengan keselamatan penduduk, salah seorang daripada mereka yang melihat lelaki terbabit menaiki lif telah membuat laporan polis.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, “Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan mana-mana orang yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi balai polis Petaling Jaya di talian 03-79662222,” seperti dilaporkan Sinar Harian.

 

Tambah beliau lagi, pakaian berkenaan amat sensitif pada pandangan umum kerana banyak kejadian dikaitkan dengan kumpulan militan Daesh baru-baru ini.

 

Media barat telah mewujudkan satu stereotaip di mana pakaian ala Arab dilihat sinonim dengan aktiviti terorisme.

 

Justeru,berhati-hati apabila mengenakan kostum yang boleh menimbulkan sensitif pada pandangan umum.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*