Misi Bantuan Mangsa Banjir, Pasukan Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) Kini Bergerak Ke Pulau Pinang

Share This:

 

Pasukan Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) kini dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir yang berlaku di negeri tersebut.

 

EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Dato’ Rozi Mamat bersama kepimpinan kerajaan negeri di Dataran Tembesu Gong Badak,melakukan majlis pelepasan Skuad tersebut pada pagi tadi .

 

Turut hadir sama ,Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu Mohd Johari Abu Bakar.

 

Menurut sumber,dalam pasukan ini terdiri daripada seramai 200 orang dari Skuad Sukarelawan TTB termasuk 20 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), empat buah bas, 15 buah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah lori APM akan dikerahkan ke Pulau Pinang pada Khamis ini untuk membantu mangsa banjir.

 

Menurut Rozi, pasukan ini adalah kumpulan pertama dan kumpulan kedua dan seterusnya akan menyusul selepas ini bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa di lokasi terlibat.

 

Sementara itu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka tiba di Georgetown pada hari Sabtu ini untuk bersama-sama Skuad Sukarelawan TTB membantu mangsa dan membersihkan kawasan yang ditimpa banjir.

 

Walaupun berbeza ideologi politik, Kerajaan Negeri Terengganu menunjukkan sikap berjiwa besar membantu rakyat yang memerlukan pertolongan dan ia juga merupakan Transformasi Politik yang dicetuskan oleh MB Razif sebelum ini.

 

SSTTB yang pernah terlibat dalam bencana banjir di Kelantan pada Disember 2014, banjir di Pekan Januari 2015, gempa bumi di Sabah Jun 2015 dan bakal ke pusat pelarian Cox Bazar Bangladesh untuk membantu masyarakat Islam Rohingya Disember ini.

 

Banjir yang berlaku pada awal minggu ini dikatakan telah mengorbankan tujuh nyawa dan mengakibatkan lebih 6,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas Pulau Pinang dilanda hujan lebat berterusan.

 

Kerajaan pusat telah mengarahkan agensi kerajaan termasuk , pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi lain segera turun ke lokasi terlibat banjir bagi misi bantuan mangsa banjir.

 

Sumber :Terengganu Times

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*