Melalak Suruh Kurangkan Pinjam Istilah B.Inggeris, Tapi Istilah Baharu Taknak Pakai Pula?

Share This:

Lagi isu bahasa menjadi polemik atau pun perdebatan di media sosial.


Seorang netizen tampil memberi komen yang bahasa Melayu terlalu banyak meminjam istilah bahasa Inggeris dan diadaptasi menjadi bahasa Melayu.


Katanya, seharusnya peminjaman istilah terutama dari bahasa Inggeris dikurangkan kerana ia dilihat semakin bertambah dari masa ke masa. 


Fokusnya, bagaimana generasi muda ingin mengenali bahasa ibunda sendiri dan membezakannya dengan bahasa Inggeris?

“Sangat setuju. Perlu kurangkan peminjaman istilah dari Bahasa Inggeris.

“Saya perasan kebanyakan perkataan yang menggunakan’tion’ pasti akan diubah menjadi perkataan Bahasa Melayu.

“Contohnya,
Education (pendidikan) menjadi edukasi
Observation (pemerhatian) menjadi observasi
Infection (jangkitan) menjadi infeksi.
Setakat ini belum jumpa nation (bangsa) menjadi nasi.”



Netizen bernama Ahmad Faris ini memuat naik imej satu pendapat orang awam di surat khabar yang menyatakan isu yang sama. 


Menerusi pendapat yang dipaparkan itu, dia terjejut kerana perkaraa ‘futej’ digunapakai yang diterjemah secara langsung daripada perkataan ‘footage’ dalam bahasa Inggeris. 


Dari segi komen pembaca atau netizen yang lain, mereka memberikan pelbagai reaksi sama ada yang setuju atau sebaliknya. 


Bagi mereka, perkataan baharu yang diwujudkan seharusnya dipandang dan mendapat perhatian masyarakat. Usaha sudah digerakkan, sokongan masyarakat juga perlu.

“Kesian juga DBP diperkenal swafoto, salah.

” Nak dipinjam selfie, lagilah salah..”

“Sama-samalah kita sokong apa yang DBP cuba lakukan sekarang.”

“Banyak patah kata dalam bm yang diperkenalkan..satu silap, habis canang satu kampung..alahai..”


Apa pula pandangan anda? Istilah Inggeris yang dipinjam dicemuh, bila perkenal istilah baharu tak mahu dipakai?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*