Mangsa Banjir Kecewa  Mahathir Hanya Datang Bergambar Sahaja

Share This:

Sudah lima hari banjir terjadi di Pulau Pinang, air pun dah surut barulah datang “top dog” Pakatan Harapan melawat kawasan. Mungkin Lim Guan Eng tidak mahu telefonnya di tengah tengah malam, oleh kerana itulah dia turun lambat sikit.

“Rare” sungguh cara lawatan “top dog” Pakatan Harapan ini melawat mangsa banjir. Datang ambil gambar sambil dikelilingi oleh orang orang parti bunga, lambai lambai tangan kemudian masuk kereta dan beritahu macai suruh “upload” gambar dalam Facebook. Misinya untuk beritahu kehadiran Mahathir melawat mangsa banjir. Itu sahaja tujuan lawatan itu.

Amat berbeza cara Datuk Seri Najib Razak dengan Mahathir turun ke kawasan banjir. Semalam Buletin Utama TV3 melaporkan mangsa banjir merasa kecewa dengan cara Mahathir turun melawat mangsa banjir.

Ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Agama Nyiur Sebatang, di Tasek Gelugor sekumpulan mangsa banjir yang ditemui wartawan berpendapat lawatan Mahathir itu seolah olah mahu tunjuk muka semata mata dan tidak ikhlas

“Dia (Mahathir) mai sahaja duk di bawah, dia tak masuk dalam, kemudian dia keluar. Saya ingatkan dia nak naik atas. Kalau mai macam ni…cara mai..baik tok sah mai”

Dengan tidak ada bantuan apa pun… sedangkan yang ikut dia adalah bekas wakil rakyat sini, bekas exco sini tapi sumbangan apa pun tidak ada” kata seorang mangsa banjir melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara lawatan Mahathir itu.

“Kalau dia nak bagi bantuan, mesti dia jumpa ahli jawatankuasa sini. Ni dia (Mahathir) tak jumpa sapa pun. Betui dak? Di atas pun tak naik tengok. Mestilah tengok mangsa mangsa banjir yang duk ada di atas. Dia tak naik tengok. Duk di bawah saja” kata seorang lagi mangsa banjir wanita yang ditemui.

“Tengok tak dak bawa turun makanan, sumbangan apa pun. Ambil gambar sahaja. Bergambar dengan mangsa banjir sahaja. Mai melawat sahaja, semata mata melawat. Kemudian balik macam itu sahaja’ kata seorang lagi mangsa banjir yang ditemui.

Ketiga tiga mangsa banjir ini begitu kecewa sekali dengan cara Mahathir. Bagi mereka, ini bukan cara yang ikhlas dan baik untuk tolong dan selamatkan mangsa mangsa banjir. Mahathir hanya datang untuk bergambar dan menampakkan kononnya dia datang sahaja.

Berbeza dengan Perdana Menteri. Hari pertama banjir, beliau hantar ATM dan timbalannya dahulu sebelum beliau hadir di hari kedua.Kehadiran Perdana Menteri ketika air masih tinggi, masuk dan redah sama dalam air, manakala Mahathir pula turun selepas air telah surut.

Apa yang mangsa banjir katakan itu cukup benar. Berapa Mahathir telah salurkan kepada mangsa banjir?Setakat ini, Mahathir  tidak beri apa pun kepada mangsa banjir. Biskut kering pun dia tak bagi. Sebaliknya, Najib yang mereka kata macam macam itulah yang menolong mangsa banjir di Pulau Pinang.

Datuk Seri Najib luluskan sebanyak 13 projek tebatan banjir berskala besar dan kecil dirancang oleh Jabatan Pengairan Saliran (JPS) yang menelan belanja kira-kira RM1 bilion daripada Kerajaan BN Pusat.

Tidak cukup dengan itu, Najib berjanji akan sedia mempertimbangkan peruntukan lebih besar dari itu kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang asalkan masalah banjir dapat diatasi.

Bukan Najib sahaja, Datin Seri Rosmah Mansor pun turut menyumbang. Melalui Pandu Puteri, Datin Rosmah menyumbang RM50,000 kepada mangsa banjir dan RM60,000 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pulau Pinang.

Semalam tidak pula Wan Azizah berlari lari hendak bergambar bersama dengan Mahathir? Ada nampak semalam Wan Azizah tolong kipaskan Mahathir di pusat pemindahan banjir?

Isteri Lim Guan Eng pun tidak nampak semalam bersama dengan Mahathir. Guan Eng pun tidak tunggu Mahathir di pintu kereta untuk bersalam.

Kenapa mereka tidak berlari lari hendak bersama dengan Mahathir? Sebab mereka tahu Mahathir datang tidak bawa apa pun. Mangsa banjir akan marah selepas itu.

Jadi buat apa mereka berlari lari hendak bergambar atau tunggu Mahathir di pintu kereta untuk bersalam, tidak mendapat apa apa “political mileage” pun. Lebih baik berlari lari ke program Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Boleh juga tumpang semangkuk.

Oleh itu, kepada semua macai macai parti bunga dan DAP, terimalah dengan hati yang terbuka apa yang disebutkan oleh mangsa mangsa banjir itu mengenai lawatan Mahathir. Berterima kasihlah kepada apa yang kerajaan BN Pusat untuk bantu kerajaan DAP Pulau Pinang.

Jangan marah kepada media yang melaporkan berita yang betul. Terimalah kenyataan bahawa Mahathir hanya datang untuk bergambar sahaja bukan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir. Itu hanya lawatan politik semata mata untuk mengelak dikecam oleh netizens kalau tidak turun langsung.

Di mana pula Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM? Katanya sedang melawat mangsa banjir di kota Paris, Perancis. Jauh sungguh Syed Saddiq pergi melawat mangsa banjir.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*