Kantoi Khalwat! Lans Korperal ‘Panjat’ ASP

Share This:

Hancur luluh hati suami apabila menyaksikan sendiri isteri berdua-duaan dalam keadaan separuh bogel dengan lelaki lain di kediaman mereka sendiri.

 
Lebih ‘haru’, isterinya yang berpangkat Asistan Superintenden Polis (ASP) itu menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja berpangkat Lans Koperal.
 
 
Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku pada Ahad lalu, kira-kira jam 5 petang apabila wanita terbabit menukar kunci mangga pintu rumahnya.
 
Bagaimanapun, suaminya bertindak memotong mangga berkenaan sebelum mencekup isterinya berkhalwat dengan lelaki terbabit.
 
Menurut sumber polis, suami wanita itu mula mengekori isterinya selepas mendapati dia menemui seorang lelaki tidak dikenali di Jalan Sungai Besi kira-kira jam 3.30 petang.
 
“Seterusnya, suami wanita itu mengekori pasangan berkenaan hingga ke rumahnya di Sri Petaling, sebelum mendapati pasangan terbabit masuk ke rumah itu.
 
“Suami wanita itu sempat merakam kejadian selain mengambil butiran teman lelaki isterinya sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*