Fathia Latiff, Artis Separuh Bogel Bigo Live Bercakap Isu Harga Minyak

Share This:

FATHIA Latiff kini merupakan artis suam-suam kuku dalam industri hiburan tanahair dilihat cuba meraih populariti dengan cara yang cukup terdesak.

Isu Fathia Latiff muncul dalam Bigo Live dalam keadaan separuh bogel dan menari seksi masih lagi terngiang-ngiang di telinga kita. Beliau kononnya memohon maaf atas keterlanjuran tersebut. Kini kita mempertikaikan keikhlasan permohonan maaf tersebut.

Semalam, Fathia Latif seolah-olah cuba meraih populariti murahan lagi sekali dengan memberi komen yang “kurang cerdik” berkenaan kenaikan harga minyak negara yang berpunca dari harga kenaikan harga minyak dunia.

Dalam status dimuat naik laman twitter, Fathia mengajukan soalan yang mengambarkan betapa ceteknya ilmu seorang artis. Beliau secara tidak langsung mencemar kredibiliti artis-artis tanahair yang kini kebanyakkannya sudah berpelajaran tinggi dan berpengetahuan luas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan kadar jualan runcit RON95 – yang paling banyak digunakan orang awam – naik 7 sen menjadi RM2.31 seliter.

RON97 pula meningkat 6 sen menjadi RM2.60 seliter, manakala diesel RM2.20 seliter atau naik 3 sen.

Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, itu turut merungut kerana sukar menerima harga kenaikan minyak berkenaan.

“Dengar tak kitorang (kami) tak boleh terima harga minyak naik? Kitorang takda la kaya mana. Ke buat2 p.e.k.a.k?” katanya sambil mengiringi status itu dengan tanda pagar #SpeakUp.

Buat Fathia Latif yang agak kurang cerdik, pru14.tv ingin memberitahu bahawa Matematiknya mudah sahaja, bila harga minyak dunia naik, harga petrol di Malaysia naik, bila turun harga petrol di Malaysia turun.

Harga minyak dunia (MOPS95) setong seperti di bawah:

Naik: US$1.09 (13.7.2017)
Naik: US$1.80 (27.7.2017)
Naik: US$2.86 (3.8.2017)
Naik: US$0.35 (10.8.2017)
Naik: US$0.06 (17.8.2017)
Naik: US$2.12 (24.8.2017)
Naik: US$2.13 (31.8.2017)
Naik: US$0.03 (7.9.2017)
Naik: US$0.04 (14.9.2017)
Turun: US$0.06 (21.9.2017)
Turun: US$0.60 (28.9.2017)
Turun: US$1.39 (5.10.2017)
Naik: US$0.03 (12.10.2017)
Naik: US$0.02 (19.10.2017)
Naik: US$0.02 (26.10.2017)
Naik: US$2.51 (2.11.2017)
Kecuali pada 12.10.2017, harga petrol Malaysia semuanya naik turun mengikut naik turun harga minyak dunia.

Sejak 1 April 2017 harga petrol di Malaysia:

11x turun = 64 sen
17x naik = 64 sen

Sejak harga minyak diapungkan secara bulanan dan kemudiannya mingguan, harga petrol pernah jatuh sehingga serendah RM1.60. Memandangkan harga minyak dunia sudah mula meningkat semula sejak beberapa bulan yang lepas maka harga petrol juga meningkat.

Perbandingan perlu adil. Jangan tuduh kerajaan zalim kalau sendiri tak boleh berlaku adil. Kalau tidak diapungkan harga minyak secara bulanan dan mingguan, anda semua akan membayar harga RM2.30 (November 2017) tidak berubah sampai hari ini.

Jangan menyalak memperbodohkan diri sendiri di media sosial.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*