Anggota Polis Wanita Terima Hukuman Kekal Penjara Tujuh Tahun

Share This:

 

Seorang anggota polis wanita dikatakan terima hukuman kekal penjara tujuh tahun selepas Mahkamah Rayuan semalam mengekalkan sabitan tersebut kerana menyembunyikan maklumat aktiviti berkaitan keganasan daripada pihak berkuasa.

 

Wanita terbabit dipercayai sengaja menyembunyikan maklumat mengenai pengganas yang telah ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam.

Menurut sumber dalaman,panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan Koperal Jusninawati Abdul Gani terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

 

Hakim Mohtarudin yang mempengerusikan panel itu berkata mahkamah berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan oleh peguamnya dalam rayuan itu tidak mempunyai merit.

 

Mahkamah Rayuan kemudiannya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Jusninawati, 36, bersalah dan menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun terhadapnya Koperal Jusninawati Abdul Gani, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan dalam kes itu.

 

Jusninawati, yang dikatakan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, didakwa sengaja tidak memasukkan maklumat berkaitan kegiatan pengganas di ibu pejabat polis itu antara Ogos 2015 dan 22 Mac tahun lepas.

 

Pesuruhjaya Kehakiman ketika itu, Datuk Nordin Hassan (kini Hakim Mahkamah Tinggi) mendapati Jusninawati bersalah atas pertuduhan itu, dan menegaskan bahawa adalah tidak munasabah bagi tertuduh, seorang anggota polis, untuk menyembunyikan maklumat seperti itu daripada pihak berkuasa.

 

Jusninawati diwakili peguam Faizal Rahman dan Nik Zarith Nik Mustapha manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurshafini Mustafha mewakili pendakwaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*