Abramovich Beri £500 Juta Untuk Wajah Baru Chelsea

Share This:

JUTAWAN Rusia yang berjaya mentransformasikan Chelsea daripada kelab pertengahan kepada skuad digeruni, Roman Abramovich sedia melabur sebanyak £500 juta lagi.

The Sun mendakwa, suntikan dana itu dibuat selepas pihak pengurusan tertinggi Chelsea bertemu pelabur dari China di Stamford Bridge minggu lalu.

Pelaburan yang turut melibatkan wang daripada konsortium China berkenaan akan diguna untuk membina stadium baharu.

Laporan itu juga mendakwa, Abramovich setakat ini tidak berminat untuk menjual sebarang pegangan kelab terhadap konsortium tersebut.

Pembinaan stadium baru Chelsea telah mendapat lampu hijau dari Datuk Bandar London, Sadiq Khan sejak Mac lalu.

Stadium yang bakal mempunyai 60,000 tempat duduk itu dijangka siap dan bole digunakan pada 2022.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*