4 Sekawan Rakam Detik Kematian ‘Dihujani’ Peluru

Share This:

Empat sekawan rakam detik kematian mereka ditembak helikopter polis ketika bersiaran langsung di Facebook (FB) Live.

Kejadian berlaku ketika kumpulan remaja itu merakam diri mereka di dalam sebuah kenderaan sebelum dihujani tembakan peluru dalam operasi polis membanteras kegiatan pengedaran dadah di Rio de Janeiro, Brazil.


Menerusi video itu, salah seorang daripada mereka menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam aksi rakan-rakannya sedang bergurau senda dengan berlatarbelakangkan muzik yang kuat.





Beberapa detik kemudian, bunyi tembakan kedengaran walaupun pada awalnya mereka tidak kelihatan risau dengan bunyi itu.


Memetik Mail Online, tiga terbunuh dalam kejadian, sementara seorang lagi cedera. Kumpulan remaja itu dipercayai terbabit mengedar dadah di bandar berkenaan.

Foto: Mail Online



Pihak polis bagaimanapun, kemudiannya menerima pujian daripada orang ramai selepas video itu tersebar di Internet.


Sehingga kini, tidak jelas mengapa polis melepaskan tembakan ke arah mereka tanpa cubaan menangkap dan sama ada tindakan mereka itu tidak menyalahi undang-undang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*