Wanita Mengamuk Suami Curang, Pesawat Mendarat Cemas

Share This:

NEW DELHI: Seorang wanita berang menyebabkan pesawat dinaikinya membuat pendaratan cemas selepas mendapat tahu ketika dalam penerbangan suaminya curang.

Akhbar Hindustan Times India melaporkan, wanita warga Iran itu dalam perjalanan dari Doha ke Bali menaiki pesawat Qatar Airways bersama suami dan seorang anaknya kelmarin.

Ketika suaminya tidur, dia menggunakan jari suaminya untuk membuka telefon yang mendedahkan kecurangan lelaki terbabit.

Berang dengan penemuan itu, wanita terbabit dilaporkan mula memukul suaminya. Kru kabin campur tangan namun gagal menenangkan situasi.

Apabila episod dalam pesawat menjadi tidak terkawal, juruterbang memutuskan membuat pendaratan tidak dijadualkan di Chennai.

Wanita itu, suami dan anaknya kemudian diarah keluar pesawat yang meneruskan perjalanan mereka ke Indonesia.

“Keluarga itu menghabiskan masa di Lapangan Terbang Chennai dan dihantar ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Batik Air. Tiada tindakan polis diambil,” kata pegawai. Qatar Airways enggan mengulas apabila dihubungi. -AFP

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*