Vistana Mohon Maaf Isu Papan Tanda Renang

Share This:

 

 

Baru-baru ini,tular isu mengenai papan tanda di kolam renang hotel yang dikatakan lebih menjurus kepada Islamofobia sehingga mengelirukan pengunjung hanyalah salah faham kecil, kata House Keeping Manager Vistana Hotel Kuantan City Centre, Puan Junaidah.

 

Menurutnya, pihak Vistana Hotel ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu tentang burkini dan papan tanda yang dikatakan mengelirukan banyak pihak agar ianya tidak disalah tafsir.

 

“Pihak Vistana hotel amat berterima kasih kepada semua pengunjung yang prihatin mengenai isu yang dibangkitkan untuk kebaikan pihak hotel dan pengunjung,” katanya.

 

Beliau berkata, “Sebenarnya pihak Vistana Hotel Kuantan City Centre membenarkan pemakaian burkini di kolam renang kami, dan kami tidak pernah menghalang pemakaian burkini di kolam renang.”

 

Menurut Junaidah, papan tanda yang dipamerkan di kawasan kolam renang itu telah disalah tafsirkan beberapa pihak, bagaimanapun, pihak Vistana Hotel memohon maaf di atas kekeliruan yang tidak disengajakan itu.

 

Ujar beliau, “Sebenarnya gambar yang dipamerkan di papan tanda berkenaan ialah baju kurung dan tudung bukan burkini.”

 

Sebelum ini,menurut sumber melaporkan satu kritikan yang dikeluarkan oleh Presiden The International Women’s Alliance for Family and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang mengatakan, “perkara yang menjadi isu utama di sini adalah apabila pihak hotel menggunakan papan tanda yang jelas memaparkan simbol agama bagi kelompok tertentu, iaitu pakaian yang menutup aurat untuk Muslimah.”

 

“Papan tanda yang menggunakan simbol agama itu mengakibatkan ramai wanita Islam keliru dan menyangka pakaian renang Muslimah tidak dibenarkan,” katanya.

 

Menurut Dr Rafidah Hanim, pihak hotel perlu memberi mesej yang lebih jelas dengan menyatakan bentuk pakaian dan material yang dibenarkan untuk semua pengguna.

 

Ujar beliau, “pemaparan grafik yang dibuat itu menakut-nakutkan pengguna malah boleh menimbulkan syak wasangka pengguna bukan Islam yang lain yang mungkin menyangka pengguna Muslim tidak mematuhi peraturan apabila mereka sekadar memandang kepada simbol di papan tanda.”

 

 

Berikutan posting beliau memberi pandangan di facebooknya mengenai papan tanda tersebut,rata-rata ramai netizen memberi pandangan seolah-olah mengelirukan pengunjung dan muslimah yang ingin berenang disitu.

 

 

Bagaimanapun,pihak hotel tersebut sudah meminta maaf,apa yang menjadi pengajaran disini adalah penyampaian mesej itu perlulah jelas dan tidak mengelirukan orang ramai terutamanya umat islam di negara ini.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*