Video Kanser, Emas Dan Bawang Putih Bermotif Penipuan

Share This:

SILA ambil perhatian!! Video kanser, emas dan bawang putih merupakan satu penipuan. Apabila doktor membedah dan mengeluarkan kanser daripada tubuh badan seseorang :

1. Sel-sel kanser di dalam ketulan yang dikeluarkan itu akan mati serta merta kerana terputus bekalan darah dan nutrin daripada pesakit. Sebab itu apabila pesakit meninggal, sel-sel kanser yg terdapat di dalam tubuh badan mereka juga akan mati.

2. Ketulan kanser itu kesemuanya akan dimasukkan ke dalam formalin (untuk dikakukan/fixated) dan diserahkan kepada makmal patologi untuk pemeriksaan, tidak ada sedikitpun akan ditinggalkan, apatah lagi memberinya kepada pesakit ataupun waris pesakit. Alasannya adalah supaya pakar patologi dapat menganalisa ketulan tersebut secara terperinci kerana inilah salah satu sebab pembedahan itu dilakukan selain daripada utk merawat.

3. Platinum digunakan sebagai perhiasan wanita yg berharga lebih mahal daripada emas. Tahukah anda bahawa terdapat ubat antikanser bernama Cisplatin, Carboplatin dan Oxaliplatin yang berasaskan platinum. Kajian telah menunjukkan bahawa emas (Gold (III)/Au) juga mempunyai ciri-ciri antikanser walaupun masih di peringkat kajian. Ubat yang di dalamnya mengandungi pati logam platinum, perak dan emas ini dikenali sebagai metallodrugs.

4. Video yg kononnya menunjukkan sel kanser tertarik pada emas (kononnya bermaksud kanser suka pada emas dan boleh membiak lebih cepat) dan menolak bawang putih adalah jelas satu bentuk penipuan yang memperbodohkan akal manusia. Berkemungkinan ada pihak-pihak lain mengambil kesempatan ke atas video tersebut dan membuat taksiran sendiri utk tujuan tertentu. Tolong jangan sebarkan pembohongan ini dan jadikan pengajaran supaya tidak tertipu lagi di masa hadapan.

Dato’ Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi

  • pru14.tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*