Stacy Kecewa Sebab Suara Dah Macam Jantan Pula Selepas Bersalin

Share This:

Stacy Anam mengakui yang dia kini berasa kecewa kerana suaranya sudah tidak sama seperti dulu lagi.


Sejak berehat panjang kerana melahirkan anak sulungnya Februari lalu, penyanyi ini sudah menolak beberapa tawaran persembahan yang datang.

“Saya tak boleh menyanyi. Suara saya tak sama seperti sebelum berehat dan kadangkala apabila menyanyi, suara saya kedengaran seperti lelaki.

“Hampir setahun lebih saya bercuti. Pada awalnya, saya ingatkan segalanya akan sama seperti biasa. Tak terfikir pula apabila saya berhenti menyanyi, kebolehan itu akan hilang,” katanya kepada Astro Gempak.

Dia juga pernah memberitahu suaminya, Akim Ahmad untuk berundur dari industri disebabkan masalah tersebut.

Foto: IG Stacy

“Saya ingatkan ‘kehilangan’ itu merupakan satu kesan selepas bersalin. Saya mencuba pelbagai alternatif sendiri untuk mendapatkan kembali suara saya. Saya pergi ke kelas vokal dan saya menghadiri kelas tarian.

“Hampir tujuh bulan saya mencuba untuk kembali mendapatkan suara saya sehingga suami saya membelikan set karaoke di rumah agar saya kembali boleh menyanyi tapi semua usaha gagal,” tambahnya.

Foto: IG Stacy

Walau bagaimanapun  Stacy atau nama Islamnya,  Ummu Shaikhah Stacy Anam, 27, kini dalam proses untuk mengembalikan suara dan rentak tariannya seperti sebelum bersalin.

Diharapkan yang terbaik untuk Stacy dan semoga maju jaya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*