Selangor Negeri Juara Antara Juara

Share This:

Seluruh negara mengakui bahawa Selangor adalah salah sebuah negeri yang cukup maju di Malaysia. Manakan tidak, kebanyakan pelabur asing datang melabur ke Malaysia dan membuka kilang atau pejabat mereka di Selangor dan sekaligus menyumbang kapada pertumbuhan ekonomi negara.

Menariknya, disebalik status sebagai negeri termaju di Malaysia, Selangor juga merupakan negeri yang menjadi jaguh dalam banyak perkara. Tidak ramai yang mengetahui hakikat ini termasuklah Menteri Besar Selangor itu sendiri, Datuk Seri Azmin Ali.

Di Selangor, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, negeri ini adalah juara bagi kes-kes demam denggi yang mana, negeri ini menyumbang sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan kes-kes denggi di negara ini. Ianya bukan satu berita mengejutkan kerana pengurusan sampah sarap di Selangor itu sendiri tidak dilakukan pada tahap optimum.

Malah, kebanyakan saliran seperti longkang dan parit di bandar-bandar utama di Selangor sendiri dipenuhi dengan sampah sarap yang dibuang sesuka hati oleh warganya. Itu belum lagi memperkatakan tentang kes-kes pembuangan bayi yang turut meletakkan Selangor sebagai juara.

Di samping itu juga, Selangor juga turut mencatatkan jumlah pengikut dan kumpulan ajaran sesat terbanyak di Malaysia. Menurut laporan akhbar hari ini, sebanyak 39 kumpulan ajaran sesat telah bertapak di Selangor dengan 3 daripadanya dilabelkan sebagai kumpulan ajaran sesat yang mampu mengancam keselamatan negara.

Ketiga-tiga kumpulan berkenaan adalah ajaran Syiah, ajaran Milah Abraham dan ajaran kumpulan militan Daesh. Selain itu, terdapat juga ajaran Negara Islam Indonesia, kewujudan semula ajaran Al Alqam, ajaran Ilmu Hakikat Hassan Junid, ajaran Islam Jemaah dan macam-macam ajaran sesat yang lain. Situasi ini dibimbangi bakal merosakkan aqidah umat Islam di negara ini.

Sesuai dengan taraf negeri maju yang dinikmati oleh Selangor, negeri ini juga menjadi juara kepada pencemaran udara yang tertinggi di negara ini. Seolah-olah seperti tiada sebarang tindakan proaktif diambil untuk mengurangkan asap yang keluar dari deretan kilang yang ada di Selangor, ianya sekaligus menyumbang kepada tahap udara yang tidak sihat buat warga Selangor hari ini.

Akhir sekali adalah, Selangor juga menjadi juara dalam membuat keputusan untuk menaik taraf sesuatu monumen ataupun bangunan. Bayangkan, kos untuk mengecat pintu gerbang sahaja sudah mencecah angka RM 9.8 juta walhal menurut ramai kontraktor, kos sebenar untuk membaik pulih dan mengecat pintu gerbang berkenaan tidak sampai angka RM 1 juta.

Ini baru lima perkara besar yang mencatatkan nama Selangor yang ditadbir oleh Azmin dan Pakatan Harapan dalam senarai pemegang rekod Malaysia. Dari kes denggi, pembuangan anak, ajaran sesat, pencemmaran udara sehinggalah kos baik pulih monumen, Azmin sedikit pun tidak mengambil peduli akan semua ini. Dia lebih sibuk mencari kesalahan kerajaan pusat seolah-olah kerajaan negeri dipimpinnya langsung tidak mempunyai sebarang kesalahan.

Inilah yang meletakkan Selangor sebagai sebuah negeri juara di antara juara dengan keegoan pemimpinnya menyumbang kepada pelbagai masalah sosial dan keselamatan yang wujud di negeri Selangor.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*