PPBM Kini Sebuah Parti Politik Haram? Mohon ROS Jawab

Share This:

Jangka hayat PPBM nampaknya mungkin akan menjadi lebih singkat dari dijangka selepas parti berkenaan tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) walaupun usia parti itu sudah menjangkau lebih setahun. Ada kelompok ahli PPBM di Negeri Sembilan sudah marah dan merasakan parti itu kini bermasalah dan perlu diadakan AGM.

Ahli PPBM di negeri berkenaan telah membuat aduan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung isu itu. Mereka kata ahli peringkat akar umbi keliru berkenaan kepimpinan di peringkat negeri kerana ramai yang mengaku jadi ketua.

Ikut peraturan, PPBM harus mengadakan AGM selewat-lewatnya 9 September lepas mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad sedang sibuk dan gembira kerana sudah dilantik jadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Ketika ini, kalau diikutkan PPBM sedang bergerak sebagai sebuah parti haram. Hanya pemimpin parti haram sahaja yang suka mengejek orang lain dan menyerang peribadi orang lain tanpa ada budi bahasa. Mahathir tak ada adab apabila hina keturunan Bugis dan mengata orang lain termasuk isteri mereka.

PPBM cuba tipu ahli dengan mengadakan satu perhimpunan di Muar tapi ia sebenarnya parti hari jadi. Bukan sahaja dari Negeri Sembilan, tapi ada 358 aduan bertulis diterima ROS daripada tujuh bahagian iaitu Bakri, Kluang, Sembrong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang dan Batu Pahat.

Mahathir dan Presiden PPBM, Muhyiddin juga tidak mahu memberitahu jumlah terkini ahli PPBM. Mereka takut malu kerana jika didedahkan jumlahnya tidak banyak seperti jumlah ahli UMNO, rakyat akan mula hilang keyakinan dengan mereka. Banyak kali didesak, mereka masih enggan dedahkan.

Bekas Perdana Menteri itu lebih rela ikut telunjuk DAP daripada jaga kepentingan PPBM. Pemimpin parti PPBM ada cita-cita hendak tadbir negara. Parti bunga Mahathir ini sedang dibelenggu macam-macam masalah dalaman yang gagal diselesaikan menyebabkan AGM tidak boleh diadakan.

Berapa ramai sudah barisan kepimpinan yang merupakan pengasas umum keluar parti sebelum ini buat Mahathir serabut kepala. Pada 16 September lepas, bekas Ketua Serikandi PPBM, Anina Saadudin umum keluar parti. Dia mendakwa PPBM tidak lagi menepati prinsip perjuangan ketika mula-mula ia diasaskan.

Tarikh 25 Ogos, 250 ahli PPBM di Dungun keluar parti kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap hala tuju serta perjuangan parti.

Pada 19 April, bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman yang juga pengasas awal umum keluar parti bersama 821 ahli parti itu dari seluruh negara. Sana keluar, sini keluar, berapa kerat sahaja ahli PPBM yang tinggal dan berapa ramai yang hendak hadirkan diri pada AGM jika diadakan.

Mahathir hanya guna PPBM untuk pentas politiknya sahaja. Musibah banjir yang dihadapi negeri Pulau Pinang pun Mahathir tidak mahu turun padang dan bantu rakyat. Mahathir biarkan rakyat dan penyokongnya di Pulau Pinang tanggung sendiri semua musibah. Tidak ada satu kelibat pemimpin PPBM pun ada di kawasan banjir lawat mangsa.

Dalam hal ini kepimpinan PPBM masih membisu tentang apakah akan diadakan atau tidak AGM memandangkan masa semakin suntuk. Mahathir agaknya sudah muak dengan PPBM dan mahu membubarkan parti kemudian daftar pula lagi satu parti baru macam yang dia buat dengan UMNO lama dulu.

Demi politik dan kuasa, Mahathir sanggup lakukan apa sahaja.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*