PH Jadikan Sidang DUN Selangor Sebagai Medan Penderhakaan Pada Sultan?

Share This:

Sudah menjadi satu kelaziman buat mana-mana Sidang Dewan Undangan Negeri, Baginda Paduka Sultan ataupun Tuan Yang Terutama akan menyampaikan titah dan ucapan kepada para ADUN yang menghadiri sidang berkenaan. Kebiasaannya, titah atau ucapan Baginda Sultan atau Tuan Yang Terutama akan menjadi asas kepada perdebatan dan perbincangan sidang DUN berkenaan.

Tidak terkecuali, Sidang DUN berkenaan dijadikan sebagai medan untuk wakil-wakil rakyat berhujah mengenai sesuatu perkara yang hangat diperkatakan di negeri masing-masing. Akan ada usul membawa sesuatu isu dan ada diantara usul akan ditolak oleh Speaker DUN.

Inilah yang berlaku dalam Sidang DUN Selangor baru-baru ini. Apa yang menyedihkan adalah, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dilaporkan telah menolak usul seorang ADUN daripada Barisan Nasional untuk membahaskan kemurkaan Paduka Sultan Sharifuddin Idris Shah terhadap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad diatas keceluparan Mahathir mengusir orang Bugis keluar daripada Malaysia.

Sebelum ini, Paduka Sultan Sharifuddin secara terang-terangan murka dan membidas kenyataan Mahathir ini yang Baginda sifatkan sebagai tidak bertanggungjawab. Walaupun ucapan berkenaan ditujukan kepada Datuk Seri Mohd Najib, namun atas kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur anti satu-satu kaum di hadapan ribuan penyokongnya.

Melihat kepada tindakan Hannah ini, timbul persoalan, adakah Sidang DUN Selangor kali ini telah dijadikan medan buat Pakatan Harapan menunjukkan belang sebenar mereka? Sepatutnya, tanpa mengira apajua fahaman politik, setiap titah Paduka Tuanku Sultan, wajar dijadikan peringatan kepada semua wakil rakyat yang mewakili hamba rakyat Paduka Tuanku, bukannya ditolak mentah-mentah.

Apa yang diusulkan oleh salah seorang wakil rakyat Barisan Nasional berkenaan memang kena pada tempatnya kerana beliau sudah semestinya menuntut pendirian tegas kerajaan Pakatan Harapan di Selangor yang secara amnya berpayungkan Istana Negeri Selangor. Namun, cara Hannah Yeoh yang secara terang-terangan menolak usul berkenaan menampakkan Pakatan Harapan sememangnya tidak pernah menghormati apa jua titah Paduka Tuanku Sultan.

Andai mereka memahami dan taat kepada prinsip Raja Berpelembagaan seperti yang termaktub dalam Perundangan Malaysia, Hannah Yeoh sepatutnya membenarkan usul berkenaan dibahas dan sekaligus menampakkan di mana pendirian kerajaan negeri Selangor kini terpaksa berhadapan dengan kemurkaan Kebawah Duli Tuanku.

Justeru, tidak keterlaluan andai mendakwa, kerajaan negeri Selangor sudah hilang hormat kepada pihak Istana sehingga mereka seolah-olah mengabaikan sahaja kemurkaan Paduka Sultan Sharifuddin, Sultan dan Raja kepada Negeri Selangor dan keseluruhan jajahannya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*