Peminat Sampai Pengsan Sebab Aiman Tino

Share This:

Sampai pengsan dibuatnya para peminat bila terpandang Aiman Tino!

 
Situasi tersebut adalah antara peristiwa yang disifatkan sebagai mencemaskan bagi penyanyi ini ketika menjayakan peromosi lagunya di Indonesia.
 

Foto: IG Aiman Tino
Pemilik nama sebenar Mohd Aiman Yusri, 19, ini berkata, peminat Indonesia itu tiba-tiba jatuh dan pengsan semasa melihat kelibatnya.
 
“Ada satu kejadian peminat pengsan kerana teruja berjumpa saya dan terpaksa ditenangkan oleh kru yang berada di lokasi. 
 
“Mujurlah, beberapa minat kemudian peminat perempuan tersebut sedar dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
“Apa yang buat saya lebih terharu ialah peminat tersebut datang dari jauh semata-mata ingin berjumpa dengan saya,” katanya kepada mStar Online.
 

Foto: IG Aiman Tino
Ada juga peminat yang sanggup menunggu di luar konti radio selepas mengetahui dia berada di Jakarta.
 
“Ada yang naik bas semata-mata nak jumpa saya dan beritahu perjalanan mereka mengambil masa hampir empat jam.
 
“Mereka beritahu terlihat foto saya di laman Instagram stesen radio berkenaan dan tanpa membuang masa terus menaiki pengangkutan awam ke lokasi promosi.
 
“Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat di Indonesia dan harap mereka akan terus menyokong karier nyanyian saya di sana,” tambahnya.
 

Foto: IG Aiman Tino
Semoga Aiman Tino semakin berjaya. Ada ke peminat Malaysia pengsan juga bila nampak Aiman Tino?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*