Nadzmi Adhwa Mengaku Dicekup Polis Kerana Dadah

Share This:

Segala persoalan terjawab apabila pelakon dan pengacara Nadzmi Adhwa mengakui yang dia adalah antara individu yang dicekup polis berhubung dakwaaan memiliki ganja Jumaat lepas.

 
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn. Bhd.
 
Nadzmi, 25 yang terkenal menerusi drama Hati Perempuan itu memberitahu yang penahanannya adalah disebabkan terlalu mempercayai rakan baiknya yang sudah lama dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki dadah.
 
“Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan saya sewaktu berada bersamanya.
 
“Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh. Bagaimanapun peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” katanya kepada mStar Online
 

Foto: IG Nadzmi Adhwa
Nadzmi dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan kerana dirinya tidak bersalah.
 
Aktor ini juga turut memohon maaf atas segala kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
 
Semoga semua ini menjadi pengajaran buat diri Nadzmi. -CARI
 

Foto: IG Nadzmi Adhwa

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*