Manchester United Jual Pemain Demi Ozil?

Share This:

MANCHESTER United dilapor telah memberitahu Jose Mourinho untuk menjual pemain yang ada jika mahu membeli tonggak baharu.

Mourinho, 54, pada musim ini sahaja telah mendapatkan Romelu Lukaku, Victor Lindelof dan Nemanja Matic walaupun gagal membawa Ivan Perisic dari Inter Milan.

Berikutan itu, kelab berkenaan mahu menggugurkan pemain sedia ada jika jurulatih kelahiran Portugal berkenaan mahukan khidmat Mesut Ozil pada Januari nanti.

Ozil yang sedang berkhidmat bersama Arsenal ketika ini dijangka menyertai United pada jendela pemindahan pemain akan datang kerana kontraknya tidak dilanjutkan.

Pemain Jerman itu dijangka dijual sebanyak £20 juta, namun United mahu mendapatkan dana berkenaan daripada penjualan pemian sedia ada.

Dua pemain yang bakal menjadi gantian untuk kehadiran Ozil ialah, Chris Smalling atau Luke Shaw selepas Mourinho tidak gembira dengan aksi mereka.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*