Kerajaan Azmin Bagi Tanah Guna Kad Pengenalan Palsu?

Share This:

SEBAGAIMANA yang kita tahu, laungan “perjuangan” Pakatan Harapan sekadar penyamaran semata-mata untuk menutup salahlaku yang telah, sedang dan akan mereka lakukan. Dalam usaha mereka berbuat demikian, Pakatan Harapan sanggup melakukan perkara-perkara di luar kebiasaan budaya kita hanya untuk memberi impak agar mereka berjaya memperdayakan rakyat.

Isu kerajaan Pakatan Harapan memberi tanah kepada kroni-kroni mereka dengan menggunakan kad pengenalan palsu kini semakin panas.

ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak  dikatakan mendakwa kerajaan pakatan Selangor pimpinan Azmin Ali memberi tanah kepada kroni dengan menggunakan maklumat palsu. Menurut beliau lagi, berdasarkan semakan yang dibuat pihaknya mendapati seramai 18 senarai penerima tanah kawasan Sungai Yu diberikan kerajaan negeri menggunakan kad pengenalan palsu.

Malah, apa yang lebih menyedihkan Sulaiman mendakwa lot tanah terbabit tidak diberikan kepada penduduk asal penempatan kawasan berkenaan. Kebanyakkan penerima tanah tersebut datang daripada Batu Kawan,Kuala Kangsar, Rembau, Masjid Tanah, Hulu Selangor dan lain-lain lagi.

Dan yang cukup mengejutkan, lapan belas nama yang ada dalam senarai yang diberi tanah dikatakan telah dipalsukan butiran kad pengenalan. Menurut Sulaiman, berdasarkan semakan di JPN, IC yang diberi adalah kad pengenalan palsu.

Sulaiman berkata demikian merujuk kepada senarai nama penerima tanah yang didedahkan Exco Kemiskinan Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, Ganabatirau Veraman yang juga ADUN Kota Alam Shah pada sidang DUN Selangor yang lepas.

Oleh itu, Sulaiman mendesak mana-mana wakil kerajaan selangor termasuklah exco terlibat perlu dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) DUN Selangor kerana memberi maklumat palsu kepada dewan.

Apakah ini bermakna hantu pun dapat tanah di Selangor? Rupa-rupanya Selcat hanyalah boneka agar memudahkan penipuan dan pembohongan secara besar-besaran dapat dilakukan sesuka hati di negeri pakatan tersebut.

Sulaiman juga mendedahkan antara penerima tanah terbabit adalah mereka yang tidak berkelayakkan serta yang berpangkat doktor dan juga guru. Malah satu keluarga besar menerima tanah dimana isteri dapat, empat adik-beradik dapat, anak dua orang dapat, adik ipar pun dapat dan besan pun dapat.

Mengikut kriteria yang ditetapkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor, mereka yang layak menerima lot tanah yang bernilai sekitar RM130,000 itu adalah mereka yang berketurunan India, seorang warga asal Kuala Selangor, berusia 30 tahun dan ke atas, berpendapatan bawah RM3,000, serta tidak memiliki sebarang hartanah. Kini terbukti Pakatan Harapan berbohong apabila melaungkan memperjuangkan hak dan kebebasan, keadilan sosial kleptokrasi dan lain-lain lagi.

Apabila mereka mendapat kuasa dalam kerajaan Selangor ternyata Pakatan Harapan melakukan berbagai salahlaku yang kononnya mereka perjuangkan selama ini.

Ogos tahun lalu, Penduduk kaum India Kampung Sungai Yu dilaporkan menggesa Menteri Besar Selangor Azmin Ali menarik semula pemberian kesemua 153 lot tanah yang diagihkan menerusi skim rancangan tanah kampung tersebut.

Ini kerana mereka mendakwa berlaku amalan nepotisme dan salah guna kuasa dalam pengagihan lot tanah penempatan semula kawasan itu yang didakwa didalangi seorang Exco kerajaan negeri.

Presiden Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), Rajaretinam Armuggan, yang bersama penduduk kaum India Kampung Sungai Yu, mendakwa sebahagian daripada lot tanah-tanah tersebut diagihkan kepada ‘kroni’ iaitu mereka yang rapat dengan Exco tersebut.

Penduduk berharap selepas tindakan pembatalan penyerahan kesemua lot tanah terbabit dibuat, ia diagihkan semula dengan adil dan telus kepada mereka yang benar-benar berhak.

Tindakan itu menyebabkan penduduk asal yang rata-ratanya miskin tidak mendapat hak mereka.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*