Kalau Ada Lebihan Nasi Jangan Buang..Macam-macam Boleh Buat..Selain Nasi Goreng Ada Satu Resepi Mudah Dan Sedap

Share This:

 

Kalau dekat rumah korang ada lebihan nasi jangan dibuang,sebelum ia basi hangatkan kembali dan macam-macam boleh buat termasuklah dari lebihan nasi tu boleh buat nasi goreng,cekodok nasi,apam,jadikan keropok dan sebagainya mengikut kreativiti anda.Antara paling mudah untuk dihasilkan ialah nugget nasi .Nak tahu macam mana caranya? Jom tengok resipi di bawah ini.

 

Cara-cara hasilkan nugget nasi.

 

Bahan-bahan :

 

  • Nasi yang dipanaskan
  • Isi ayam mentah
  • Serbuk Perasa
  • Garam secukup rasa
  • Telur dipukul
  • Serbuk Roti
  • Minyak untuk goreng

 

Cara memasak :

 

1.Satukan nasi,isi ayam dicincang,serbuk perasa dan garam,kemudian dilenyek-lenyekkan.

 

2.Kemudian kepal aduan nasi dan leperkan

 

3.Celup kepingan nasi tadi pada bancuhan telur hingga rata

 

4.Kemudian,salutkan serbuk roti hingga sekata

 

5.Sejuk bekukan bahan tadi untuk nampak hasil yang cantik

 

6.Panaskan minyak dan goreng

 

Hidangan yang mudah dan sedap,anak-anak pun suka…Selamat mencuba!

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*