KAJIAN: Lagi Banyak Tonton Filem Porno, Lagi Alim

Share This:

Walaupun ia kedengaran pelik, namun tonton porno sebenarnya akan membuatkan seseorang lebih alim. Satu kajian telah dibuat berdasarkan topik tersebut dan keputusan juga telah diperolah untuk mengetahui sama ada betul atau tidak jika banyak tonton porno boleh membuatkan seseorang alim.


Seorang pengkaji dari Universiti Oklahoma juga percaya seseorang akan lebih rasa berdosa apabila menonton porno seterusnya akan mendekatkan diri dengan agama, lapor The Independent.

Ahli sosiologi & kajian agama, Samuel Perry telah berjaya mengumpul data sejak tahun 2006 daripada kajian terhadap 1,314 warga Amerika Syarikat.
 
“Mereka yang menonton pornografi paling kerap nampaknya lebih beragama, dari segi kekerapan berdoa dan hadir sesi ibadat berbanding mereka yang kurang menggunakan bahan lucah,” jelasnya kepada The Independent.
Menurutnya, mereka yang sering menonon porno lebih beragama jika dikira dari kekerapan ke berdoa dan datang ke sesi beribadat jika dibandingkan dengan mereka yang menonton porno sebulan sekali atau kurang.
 
 
Malah, kajian Samuel turut diterbitkan dalam Journal Of Sex Research turut merangkumi jika seseorang menonton porno beberapa kali sebulan akan menjadikan mereka kurang beragama.
 
Menurutnya, mereka yang sering menonton porno mungkin rasa berdosa dan seterusnya bertaubat selepas itu.
 
Namun, dia menjelaskan kajiannya mendapati agama bukan penyebab seseorang meminati porno tetapi mereka menggemari porno mungkin sering ke gereja lebih kerap dari biasa.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*