Dixon Selar Corak Wenger

Share This:

LEGENDA Arsenal, Lee Dixon percaya bekas kelabnya itu tidak akan berubah dibawah pengurusan Arsene Wenger.

The Gunners yang tewas 3-1 kepada Manchester City pada Ahad semakin menjarakkan 12 mata dengan pendahulu liga itu.

Arsenal sekali lagi gagal di barisan pertahanan terhadap pesaingnya itu di Stadium Etihad.

“Ia sangat mudah. Apabila melihat mereka saya yakin mana-mana pasukan boleh ditewaskan dari segi serangan. Tetapi mereka hilang di barisan pertahanan.

“(Alexandre) Lacazettte adalah isu lain, kenapa dia tidak bermain.Tetapi Sanchez berada di depan, dia yang mendapatkan bola. Jika dia hilang bola. dia akan kembali mendapatkannya.

“Sebagai pengurus anda perlu tahu untuk meletakkan pemain di depan dan di belakang. Dan dia (Wenger) tidak buat perkara itu.

“Dia tidak ada itu sebab mereka tidak tahu untuk menggunakan perkara asas. Mereka tidak memberi tekanan.

“Tetapi mereka lakukan itu ketika bertemu dengan Chelsea,” ujarnya dalam MailDaily.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*