Chef Wan Terjumpa ‘Benda Jijik’ Dalam Santan Kotak

Share This:

Cef selebriti, Chef Wan semalam mendedahkan menerusi laman Instagram miliknya tentang satu jenama santan yang didapati adanya cebisan bahan asing di dalamnya.


Memang menjijikkan. Sudahlah tidak dapat dikenalpasti apakah bahan asing itu, sama ada cebisan daging ayam atau bahan lain yang sememangnya menggelikan. 

“Its so disgusting.Just to make sure i opened up the 2nd packet but i dont find anything inside it except Coconut milk.
Wondering juga apa benda ini?

“Have anyone of u experienced this? I sure would like A*** brand to explain to me about this? The expiry date lambat lagi pun.

“Dont tell me one of their workers di factory drop their Tampon and got all swell up swimming in the coconut milk?”

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, ramai yang meluahkan rasa geli geleman dan mengesyorkan penggunaan santan segar berbanding yang dalam kotak.


Mereka juga berasa tergamam dan keliru dengan bahan asing itu. Ada yang meneka ia adalah cebisan kepak ayam, cicak, gula getak dan tak kurang juga yang berkata ia adalah tampon.


“Yuck, adakah betul itu tampon?”

“Baru je beli 5 kotak semalam…”

Terbaru, Chef Wan memberitahu semua pengikutnya di laman Instagram itu, pihak syarikat pengeluar santan itu telah menghubunginya. 


Katanya, berkemungkinan ia merupakan satu bahagian dari mesin yang terjatuh ke dalam santan. Yang penting hal tersebut akan disiasat, katanya.


Sememangnya kejadian ini meninggalkan rasa bimbang dan juga fobia di kalangan para pengguna. Apa pendapat anda tentang hal ini?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*