Bekas Laki Bini Kaki Samun

Share This:

Bekas suami isteri masing-masing berusia 26 dan 23 tahun ditahan semalam kerana terbabit beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah Besut dan Kelantan, lapor BH Online.

Bukan sahaja giat bekerjasama melakukan jenayah, mereka juga dilaporkan masih tinggal sebumbung.


Suspek ditahan bersama pelbagai bahan bukti kira-kira jam 5 petang di sebuah rumah di Taman Desa Saujana, Padang Luas, Besut, kata Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi dalam kenyataannya hari ini.

“Antara yang dirampas ialah sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna biru, lapan unit komputer riba, dua kamera, kad mesin juruwang wang automatik (ATM), barangan kemas, kad pengenalan individu, dua telefon bimbit dan pemutar skru.

“Suspek mengaku terbabit dalam beberapa kes pecah rumah dan sekolah di sekitar daerah Besut dan Pasir Puteh, Kelantan,”¬†katanya.


Tambahnya, suspek giat melakukan aktiviti jenayah di beberapa sekolah termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putera, Sekolah Rendah Kebangsaan Tempinis, Sekolah Rendah Kebangsaan Pusat Jertih, Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) Besut dan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh.


Polis menangkap pasangan terbabit berdasarkan laporan kes pecah pejabat guru dan rumah guru MRSM Kota Putera, malam kelmarin.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*