Bayi Dalam Beg Kertas

Share This:

SERDANG: Seorang bayi yang baru dilahirkan ditinggalkan di surau perempuan sebuah stesen minyak di Taman Equine, Seri Kembangan di sini.

Ketika dijumpai, bayi lelaki itu dibalut dengan kain batik dan diletakkan dalam sebuah beg kertas.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, bayi itu ditemukan pelanggan premis itu pada pukul 7.26 pagi, Rabu.

“Bayi itu ditemui dalam keadaan sihat dan masih bertali pusat itu telah dibawak ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Megat Mohamad Aminuddin menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya segera menghubungi Balai Polis Serdang mungkin.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*