#BanjirPulauPinang : Segala Persepsi Terhadap Rosmah Tenggelam Terpadam

Share This:

Bencana banjir yang berlaku di Pulau Pinang telah melenyapkan semua spekulasi tuduhan jahat pembangkang ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kehadiran Rosmah mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak menutup semua mulut jahat penyokong pembangkang yang selama ini terpengaruh dengan hasutan pembangkang.

Walaupun dikeji dan dicaci pemimpin DAP termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tapi Rosmah berjiwa besar tetap hadir ke Pulau Pinang dan bersalaman dengan Guan Eng yang menyambut ketibaan mereka.

Jika benar, pada masa itulah adalah paling terbaik untuk pemimpin pembangkang untuk bertanyakan kepada Rosmah berkenaan hal cincin jutaan ringgit dan barang-barang kemas yang didakwa dibeli oleh jutawan Jho Low kepada beliau.

Pada masa itu, Guan Eng boleh bertanyakan kepada Najib berkaitan apa sahaja penyelewengan berkaitan syarikat 1MDB ketika itu.

Oleh kerana itu hanyalah helah atau taktik politik, oleh sebab itu Guan Eng terdiam dan tunduk sahaja ketika kehadiran Najib dan Rosmah ke Pulau Pinang kerana malu kerajaan DAP menagih bantuan daripada kerajaan pusat untuk bantuan menguruskan bencana banjir.

Allah Maha Berkuasa, jika orang dianiaya nescaya Dia akan memberi balasan setimpal. Guan Eng begitu kerap mengutuk Rosmah dan Najib dengan bermacam-macam fitnah. Najib sampai dituduh gila oleh Guan Eng dalam perhimpunan haram pakatan baru- baru ini.

Kejadian banjir itu meningkatkan populariti Rosmah dan Najib secara mendadak kerana ia satu bukti bahawa DAP selama ini mengkritik BN hanya berdasarkan cerita rekaan dan bukannya benar.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP terkedu tanpa kata apabila Najib dan Rosmah segera berlepas dari Kuala Lumpur untuk bersama-sama Guan Eng dan mangsa banjir termasuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

Sebelum ketibaan Najib, Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah tiba ke Pulau Pinang untuk meninjau dahulu situasi banjir berkenaan.

Beberapa kejadian, penduduk Pulau Pinang memaki wakil-wakil rakyat DAP juga direkodkan dalam video menunjukkan kejadian banjir benar-benar menunjukkan kewibawaan sebenar kerajaan DAP dalam menangani krisis besar seperti banjir.

Adakah ini petanda, Allah tidak membenarkan Pakatan Harapan (PH) menerima mandat untuk Pulau Pinang lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) untuk membela nasib rakyat Pulau Pinang. Cukuplah selama 10 tahun, rakyat negeri itu ditindas oleh DAP demi kepentingan politik pemimpin mereka.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*