#BanjirPulauPinang : Mahathir Takut Bertembung Dengan Najib Razak Isu Bugis

Share This:

Hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad akhirnya tiba di Pulau Pinang dan meninjau keadaan banjir dan bersama-sama dengan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan.

Mahathir pandai memilih masa untuk melawat Pulau Pinang kerana takut bertembung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau tidak mahu langsung bertemu biarpun sesama Melayu dan Islam.

Ketika perhimpunan anti kleptokrasi oleh pembangkang di Padang Timur MBPJ, tempoh hari, Mahathir dengan lantang mengejek asal keturunan Najib iaitu Bugis dengan menuduh keturunan Bugis asal dulu menjadi lanun merompak duit rakyat.

Kata-kata itu keluar dari mulut bekas Perdana Menteri kerana Mahathir sudah benci Najib dek kerana dendam dan cita-cita politik peribadi tanpa mempedulikan adab dan budi bahasa biarpun ada pihak masih menganggap Mahathir seorang negarawan.

Mahathir sebenarnya elak kesipuan enggan bertembung dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor semasa melawat mangsa-mangsa banjir.

Sudah tentu Mahathir akan dilabel kurang ajar sebagai bekas Perdana Menteri tapi enggan bersama-sama dengan Najib melawat mangsa banjir.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah tentu terpaksa mengiringi Najib, Ahmad Zahid dan Rosmah. Betapa bencinya, Mahathir dengan Najib sampai berjalan bersama-sama meninjau suasana banjir pun Mahathir enggan.

Mahathir dikatakan melawat beberapa rumah yang terjejas dan pusat pemindahan banjir hanya melihat keadaan mangsa.

Portal pro-pakatan Malaysiakini bagaimanapun tidak melaporkan berkenaan lawatan Mahathir ke Pulau Pinang itu tidak seperti kebiasaan.

Seperti yang diketahui, Mahathir sebenarnya takut untuk berdepan dengan musuhnya tetapi hanya berani apabila berceramah di atas pentas politik sahaja mengeji keperibadian orang lain khususnya pemimpin BN.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*