Waktu Suka Bersama, Waktu Berduka, Tanggunglah Sendiri

Share This:

Kata orang tua-tua, rakan ketawa amat mudah dicari tetapi rakan menangis, seorang pun belum tentu ada. Itulah bidalan yang hampir tepat buat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disaat negeri Pulau Pinang dilanda musibah banjir yang paling buruk setakat ini.

Manakan tidak, sepanjang tempoh 9 tahun Lim Guan Eng dan DAP menguasai Pulau Pinang, pelbagai pernghinaan dibuat oleh Guan Eng bersama-sama paraa pemimpin Pakatan Harapan yang lain terhadap kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur.

Kesana kemari Lim Guan Eng bersama-sama barisan kepimpinan Pakatan Harapan bersama termasuklah siri jelajah Selamatkan Malaysia yang diwujudkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah, himpunan Selamatkan Malaysia hapuskan Kleptokrasi juga turut disertai Lim Guan Eng bersama-sama rakan-rakan pembangkangnya yang lain.

Namun, apabila Pulau Pinang dilanda banjir besar, Lim Guan Eng dibiarkan terkapai-kapai keseorangan mengharungi caci maki dan penderitaan rakyat Pulau Pinang. Lebih melucukan, bukan Mahathir atau mana-mana pemimpin Pakatan Harapan yang lain dihubungi olehnya, sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga yang dicari bagi menyelamatkan Pulau Pinang.

Sepatutnya, jika difikirkan secara logik, seandainya Lim Guan Eng begitu meyakini kepimpinan Mahathir, dia boleh sahaja menghubungi Mahathir dan meminta bantuan darinya. Kenapa pula dia menghubungi kerajaan Putrajaya dan bukannya kepimpinan Pakatan Harapan?

Nampaknya, Lim Guan Eng terpaksa mengharungi semua masalah di Pulau Pinang secara keseorangan. Mungkin, satu-satunya pemimpin tertinggi Pakatan Harapan yang datang melihat situasi banjir ini adalah Datin Seri Wan Azizah, Presiden Pakatan Harapan. Itupun disebabkan Wan Azizah adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh. Jika tidak, Wan Azizah sendiri pun tidak akan datang ke Pulau Pinang.

Dalam hal ini, Lim Guan Eng juga wajar melihat kesemua pemimpin Pakatan Harapan termasuk bapanya sendiri, Lim Kit Siang lebih berminat untuk mengenang 1,000 hari Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari membantu rakyat Pulau Pinang yang begitu teruk menderita.

Semalam, majoriti kepimpinan Pakatan Harapan membanjiri Pakatan Harapan sambil menyalakan lilin bagi mengenang nasib yang menimpa Anwar dan bukannya rakyat Pulau Pinang. Mungkin sahaja Lim Guan Eng perlu merenung dirinya sendiri di mana kedudukannya di dalam Pakatan Harapan setelah dia sendiri menyaksikan bagaimana dirinya disisihkan oleh rakan sama parti gabungannya dalam kejadian banjir di Pulau Pinang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*