Wakil PSG Dan Mourinho Bertemu

Share This:

WAKIL Paris Saint-Germain (PSG) dilapor telah menemui wakil Jose Mourinho untuk berbincang mengenai masa depan jurulatih berkenaan.

Wakil jurulatih kelahiran Portugal berkenaan menemui PSG selepas mendapat perkhabaran mengenai hasrat kelab gergasi Perancis tersebut untuk mendapatkan khidmatnya.

“Ketika ini ada sesuatu yang istimewa di Perancis,” jelas wakil Mourinho.

Bagaimanapun Mourinho dilapor berkata tugasnya di United belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Berikutan itu, PSG menghormati keputusan berkenaan dan akan sentiasa membuka pintu kelab berkenaan buat jurulatih tersebut.

PSG mahukan khidmat Mourinho bagi menggantikan Unai Emery yang dilapor gagal mencapai sasaran kelab itu selepas berjaya mendapatkan pemain bertaraf bintang dunia.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*