Video Ramkarpal Kena Maki Enggan Cuci Masjid

Share This:

AHLI Parlimen Gelugor Ramkarpal baharu sahaja dimaki oleh penduduk kawasan tersebut ekoran kegagalan beliau membantu penduduk mendapatkan pam untuk mengeluarkan air banjir dari rumah yang dilanda malapetaka banjir.

Kini Ramkarpal dimaki lagi sekali apabila beliau enggan membantu membersihkan sebuah masjid di kawasan parlimen beliau pula.

Sejak beberapa penggal yang lalu, pemimpin kanan Pakatan Harapan yang tidak beragama Islam sering menjadikan masjid sebagai tempat untuk berpolitik walaupun dalam masa yang sama, mereka juga sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan krebiliti agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dengan isu Kalimah Allah, laungan azan, murtad dan lain-lain lagi.

Banjir buruk yang melanda Pulau Pinang memang satu malapetaka namun dalam masa yang sama ianya mempunyai hikmah yang tersendiri. Menerusi video di bawah , kita boleh lihat kemarahan rakyat Pulau Pinang kini berada di kemuncaknya.

Masjid yang menjadi tempat Ahli Parlimen Gelugor Ramkarpal Singh turut terjejas dalam tragedi banjir. Pihak jawatankuasa masjid meminta bantuan daripada Ramkarpal untuk mendapatkan lori MBPP bagi membantu membersihkan masjid tersebut yang sedang menghadapi masalah air.

Namun ahli Parlimen Gelugor dari parti DAP tersebut enggan membantu membersihkan masjid dengan memberi alasan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Sebaliknya Ramkarpal boleh pula mengarahkan lori MBPP membersihkan jalan disekitar kawasan tersebut.

Akhirnya pihak jawatankuasa masjid mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan bantuan lori MBPP dan mereka tidak menghadapi masalah pun. Keengganan Ramkarpal untuk membantu masjid walaupun beliau banyak kali mempergunakan masjid tersebut untuk tujuan kepentingan politik menunjukkan bahawa pemimpin kanan Pakatan merupakan pemimpin yang tidak berguna kepada rakyat apabila mereka memerlukan bantuan.

Banjir yang melanda sejak Sabtu lalu menenggelamkan hampir semua kawasan di Pulau Pinang dengan jumlah mangsa meningkat kepada kira-kira 4,000 hari ini. Tujuh mangsa dilaporkan terbunuh setakat ini.

Bantuan banjir akan disalurkan kepada mangsa di pusat pemindahan yang akan digerakkan oleh tentera, polis dan pertahanan awam.

  • pru14,tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*