Video Cina Pukul Pekerja Indonesia Guna Paip Getah Cetus Perhatian Antarabangsa Dikongsi Lebih 88,000 Kali

Share This:

 

Menerusi rakaman video yang dikongsi lebih 88,000 kali,seorang lelaki dipercayai pekerja warga Indonesia di pukul tanpa belas kasihan oleh majikan yang dipercayai berbangsa cina menggunakan sebatang paip getah selepas didakwa mencuri wang syarikat dalam satu kejadian yang tidak diketahui lokasinya.

 

Dalam rakaman video berdurasi 2 minit 10 saat itu, lelaki tersebut yang mengerang kesakitan dilihat berulang kali merayu sambil menangis agar dia tidak dipukul.

 

Video itu menjadi viral sehingga mencetuskan kemarahan rakyat negara jiran, Indonesia dan antarabangsa tanpa usul periksa.

 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi kejadian terbabit berlaku di mana dan beberapa netizen membuat spekulasi kekejaman itu berlaku di Malaysia.

 

 

Sehubungan itu,ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana individu berkaitan kes berkenaan.

 

“Setakat ini, polis belum terima sebarang maklumat lagi,” katanya.

 

Menurut sumber dalaman,hasil pemerhatian jelas lelaki itu dipukul teruk dan berikut antara dialog semasa kejadian dirakam menggunakan video amatur.

 

“Aduh sakitnya tangan aku, mati aku bang…aku minta tolong jangan pukul lagi..saya sumpah bukan saya yang lakukan,” katanya.

 

Bagaimanapun, segala rayuan itu langsung tidak diendahkan oleh lelaki yang dipercayai rakyat tempatan dalam video berkenaan.

 

“Cakap, kamu sudah curi ‘company’ punya wang (duit syarikat),” kata lelaki tersebut sebelum menendang muka pekerja yang tidak melawan.

 

Sementara itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki berkenaan dan meminta PDRM mengambil tindakan tegas dan ada yang membuat spekulasi yang mengatakan lelaki tersebut berasal daripada Malaysia.

 

Hanya kerana satu rakaman video,Malaysia terpalit dengan kontroversi dan dituduh tanpa usul periksa.

 

 

 

Selepas 24 jam dimuat naik di Facebook, sebanyak 16,115 pengguna menekan butang ‘like’ dan lebih 88,405 berkongsi rakaman video itu di wall masing-masing.

 

Bagaimanapun,suspek sepatutnya membuat laporan polis terdahulu jika pekerja terbabit didapati bersalah dan bukan bertindak memukul mangsa dengan kejam dan netizen tidak perlu membuat spekulasi yang tidak tahu kesahihannya.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*