[VIDEO] Guru Mengamuk Tumbuk Pelajar Dengan Kejam

Share This:

 

Kekerasan dalam mendidik pelajar bukanlah satu cara yang patut digunakan untuk menghukum dan mendenda para pelajar.

 

Namun,terdapat seorang guru lelaki di sebuah sekolah dipercayai di Indonesia yang mengamuk apabila dia tidak dapat mengawal emosi lalu bertindak ganas memukul pelajar terbabit di hadapan pelajar yang lain di dalam kelas.

 

Tambahan lagi,guru tersebut memukul pelajar dengan menumbuk dan menendang pelajar terbabit sehingga pelajar yang ingin membantu meleraikan tindakan guru itu turut dipukul.

 

Pelajar terbabit hanya menutup wajahnya untuk mempertahankan dirinya daripda cedera.

 

Melihat sikap guru yang melampau itu,seorang pelajar bertindak merakam rakaman tersebut dan rakaman video tersebut itu kini tular dan telah tersebar.

 

Menerusi rakaman video itu yang dimuat naik di facebook¬† Fery d’lukaku palqu’e ,jelas guru tersebut bertindak ganas bagaikan seperti meninju.

 

Ramai netizen yang melihat rakaman ini meluahkan rasa marah dengan tindakan guru terbabit yang tidak sepatutnya bertindak sedemikian,namun disebalik itu guru terbabit memukul akibat pelajar tersebut melakukan kesalahan terhadap anaknya.

 

Dalam laporan portal Tribunnews, guru lelaki terbabit dipercayai berang dengan tindakan mangsa yang bercinta dan merosakkan masa depan anak perempuannya, membuatkan lelaki itu menyerang mangsa ketika di dalam kelas.

 

Bagaimanapun,kejadian tersebut dijadikan sebagai pengajaran supaya lebih bersabar dan menghukum pelajar dengan cara yang baik dan tidak mengunakan kekerasan yang boleh mencederakan pelajar.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*