Tak Siapa Nak Taja Aishah, Biar Betul ?

Share This:

Sejak muncul kembali dalam Gegar Vaganza 4, nama Aishah mula diperkatakan semula. Manakan tidak, setelah lama menyepi dalam industri, suara beliau kini kedengaran setiap minggu dan diharap akan kekal sehingga ke minggu akhir pertandingan akhir.

Semalam, turut berkongsi salinan status Facebook dari netizen yang mengatakan penyanyi yang berusia 52 tahun ini tiada yang sudi menaja baju untuk beliau yang menyebabkan fesyen yang digayakan seperti tidak kena.

Menafikan dakwaan tersebut, Aishah turut berkata beliau tidak pernah bercerita tentang itu.

Wartawan Mohon Maaf

Selepas tularnya status tersebut, wartawan sebuah akhbar tempatan yang dikenali sebagai Deegun Rahman menerusi Facebook nya telah memohon maaf kepada Aishah dan peminat-peminatnya kerana niatnya hanyalah mahu membantu penyanyi kesayangannya itu dan dalam masa yang sama turut menyokong beliau meskipun terdapat sesetengah pihak yang cuba mengkritiknya.

Jika anda tertanya mengapakah setiap minggu tiada himpunan peminat Aishah seperti penyanyi lain, menurutnya beliau tidak gemar untuk membawa ramai pengikut mengiringinya pada persembahan setiap minggu seperti dilakukan artis lain.

“Saya juga tidak suka ramai orang mengiring, cukuplah sekadar suami,”

Untuk anda yang ingin taja Aishah untuk konsert akan datang, mungkin anda boleh taja aksesori kerana menurut beliau sendiri, beliau memerlukan aksesori yang boleh membantunya dalam persembahan minggu ketiga.

Sumber Facebook Aishah 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*