Remy Ishak Dah Putus Tunang ?

Share This:

Remy Ishak memang jarang sekali berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial.


Disebabkan itulah ramai yang membuat spekulasi yang pelakon ini sudah putus tunang!

Tiada langsung perkembangan terkini bersama tunangnya membuatkan ramai tertanya-tanya apa sebenarnya status perhubungan tersebut.


Bagi menjawab segala persoalan, Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimie Ishak, 35 memberitahu setakat ini mereka masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan lagi.

“Sehingga kini kami masih belum ada tarikh untuk berkahwin, tidak pasti tahun depan atau bila.

“Tengoklah, kalau setahun belum rasa okey, saya akan panjangkan lagi tempohnya.

“Pertunangan ini satu tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dengan lebih dekat, jadi mesti ada cabaran masing-masing,” katanya kepada Astro Gempak.

Foto: IG Remy Ishak

Katanya dia mengambil pendekatan untuk tidak terlalu menonjolkan kisah cintanya kerana risau tak jadi.


“Lagipun, saya belum bersedia berkongsi sebab hubungan ini tidak sampai ke tahap yang sepatutnya (berkahwin).

“Kalau boleh biarlah saya seorang sahaja yang jadi selebriti. Saya tak suka mendedahkan banyak sangat kisah pasangan saya sebab nanti dia perlu berdepan banyak perkara,”tambahnya.

Foto: IG Remy Ishak

Remy dan pasangannya mengikat tali pertunangan pada Mei lepas.


Kami doakan segalanya berjalan lancar untuk Remy dan juga pasangan. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*