Pirlo Tinggalkan Dunia Bola Sepak

Share This:

BEKAS pemain tengah Itali, Andrea Pirlo (gambar) mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada bola sepak selepas perlawanan terakhir untuk New York City.

Bintang berusia 38 tahun itu sudah memenangi 116 perlawanan untuk Itali dan membantu negara itu memenangi Piala Dunia 2006.

Pirlo memulakan langkahnya dalam bola sepak di Brescia dan juga pernah bermain untuk Inter, AC Milan dan Juventus sebelum menyertai Major League Soccer dua tahun lalu.

“Bukan sahaja perjalanan saya di New York akan berakhir, tapi sebagai pemain bola sepak juga,” katanya.

Melalui kenyataan yang dimuat naik di Twitter miliknya, Pirlo turut berterima kasih kepada setiap pasukan yang pernah diwakilinya dan juga semua rakan pasukan.

Juventus menyifatkan Pirlo sebagai seorang yang benar-benar genius.

Sementara itu, pengurus New York City, Vieira berkata, Pirlo telah mengubah bola sepak buat selama-lamanya.

Selain membantu Azzuri menjadi juara dunia, Pirlo juga meraih pelbagai penghormatan sepanjang 22 tahun penglibatannya. – BBC Sport

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*