Pesta Durian Malaysia Di China Untung RM2.5 Bilion

Share This:

Durian sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia, malah ramai orang luar yang menyukainya walaupun baunya yang agak menyegat.



Foto: VKEONG.COM



Ini dapat dilihat menerusi Pesta Durian Malaysia 2017 yang dianjurkan di Nanning, China mulai 3 November lalu, mendapat sambutan hebat daripada rakyat republik itu.


Menurut Sin Chew Daily seperti dipetik FMT, pengusaha durian tempatan berjaya memeterai perjanjian dianggarkan berjumlah RM2.87 bilion menerusi pesta itu.

“Jumlah urus niaga Pesta Durian Malaysia 2017 pada 2 hari pertama mencecah 4 bilion yuan (RM2.5 bilion),” kata penganjur bersama pesta itu, Dominic Su.


Tambah Ketua pegawai eksekutif Regal International itu, acara tiga hari itu dikunjungi 165,000 orang pelawat berbanding sasaran asal 100,000 orang.


Malah, ada yang sanggup terbang dari Liaoning atau memandu selama 5 jam ke Nanning semata-mata untuk menikmati Musang King.

“Pesta durian yang diadakan julung kali ini mencapai prestasi di luar jangkaan sehinggakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganggap ini satu kejayaan,” katanya.


Lebih menarik, bandar Nanning di wilayah Guangxi diberi jolokan “Bandar Musang King Malaysia” berikutan menjadi laluan yang menyambungkan 10 negara Asean dalam inisiatif “One Belt One Road”.


Menurut Su, Guangxi berpotensi menjadi pusat pengedaran Musang King, buah-buahan tropika dan produk berkaitan durian ke Nanning dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia di tenggara China.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*