Pelakon Remaja Ditahan Kerana Dadah!

Share This:

Lagi selebriti tanah air yang dicekup polis kerana dadah! Kali ini ianya melibatkan seorang pelakon remaja yang juga pengacara ditahan setelah polis menjumpai tin berisi dadah ganja dalam keretanya di Jalan Bukit Setiawangsa,Taman Setiawangsa, Jumaat yang lalu.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama Hati Perempuan itu telah ditahan bersama rakan dan adiknya di sebuah stesen minyak di ibu negara. Hasil pemeriksaan pihak polis, tin yang berisi daun ganja telah disembunyikan di tempat duduk bahagian pemandu kereta itu. Ujian air kencing juga telah dijalankan dan mendapati pelakon yang berusia 25 tahun itu positif dan mereka telah ditahan sebelum dibawa ke balai polis.

Menerusi sumber Harian Metro pula, pelakon dan pengacaa itu bakal disiasat stesen televisyen yang beliau bekerja sebelum tindakan diambil malah stesen televisyen berkenaan juga tidak akan berkompromoi. Kesemua mereka telah ditahan reman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, manakala siasatan lanjut sedang dibuat mengikut Seksyen 37A (1) ( b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*