Palsu! Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Untuk Lindung TNB

Share This:

“KeTTHA ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang menjadi viral itu sebenarnya adalah kenyataan lama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 16 Mei 2014.”
 
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), semalam menafikan berita palsu mengenai kenaikan tarif elektrik bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada kerugian seperti yang ditularkan di laman sosial baru-baru ini.
 
 

Foto: FB
 
Memetik BH Online, menurut kenyataan Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang, berita itu tidak benar dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
 

“Sehubungan itu, pihak kementerian sudah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan lanjut dengan serta merta,” katanya. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*