Pakatan Harapan Pentingkan Peliwat Daripada Mangsa Banjir

Share This:

Pemimpin PKR yang menjadi wakil rakyat di Pulau Pinang nampaknya lebih mementingkan hal kebajikan seorang banduan liwat daripada berada di kawasan diwakili membantu mangsa banjir di negeri itu yang semakin teruk.

Ahli Parlimen PKR-Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam, dilihat berarak ke Dataran Merdeka bersama kepimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk membela peliwat Anwar yang sudah dipenjarakan 1,000 hari. Cuba kita fikir, daripada 1,000 hari itu, berapa hari yang Anwar berada di luar menghadiri mahkamah dan dibawa ke hospital.

Entah-entah hanya ratusan hari sahaja Anwar benar-benar menjalani hukuman di dalam selnya di Penjara Sungai Buloh. Dr Wan Azizah memilih untuk berhimpun dan berarak di ibu negara sedangkan kawasan Permatang Pauh terjejas akibat banjir.

Apa yang Wan Azizah lakukan untuk mangsa banjir ialah melawat kawasan banjir dari dalam keretanya sambil melambai-lambaikan tangan ke arah mangsa banjir yang terperangkap seperti sedang berarak dalam satu perarakan.

Sejak dari awal, penubuhan PKR ialah untuk memperjuangkan kebebasan Anwar dari penjara. Parti itu bukan ditubuhkan untuk rakyat sebaliknya hanya untuk memperjuangkan masa depan Anwar. Parti itu diwujudkan untuk memperjuangkan kebebasan Anwar setiap kali Anwar dipenjara akibat meliwat.

Tular di media sosial ialah hashtag #PeliwatDiutamakan #MangsaBanjirDiketepikan hari ini ekoran netizen dan penduduk Pulau Pinang yang marah dengan tindakan Wan Azizah malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa sibuk dengan jadual padat dan program kerja juga hari ini meluangkan masa berlepas ke Pulau Pinang dan melawat kawasan yang dilanda banjir serta meluangkan masa bersama-sama dengan mangsa banjir.

Wan Azizah juga selama jadi wakil rakyat di Permatang Pauh dan sebagai ADUN di Kajang, masalah banjir masih gagal diselesaikan olehnya walaupun pelbagai janji ditabur kepada pengundi di kawasan itu termasuk mahu selesaikan isu banjir.

Antara kawasan di tanah besar yang dilanda banjir di Pulau Pinang ialah Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan Dalam, Butterworth, Permatang Rawa, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Bukit Teh, Alma, Bukit Tambun dan Simpang Ampat.

Kalau Wan Azizah lawat mangsan banjir pun, beliau tidak akan berani turun dari kereta dan kemudian hanya bergambar dengan para petugas dan sukarelawan di kawasan yang tidak dinaiki air.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*