NGO Gesa Mahathir Sumbangkan Kekayaan Bantu Mangsa #BanjirPulauPinang

Share This:

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa untuk menyumbangkan sedikit hasil dari kekayaan ahli keluarganya untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang memandangkan beliau ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) iaitu pembangkang.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata keluarga Mahathir yang sudah diketahui umum kaya boleh menyumbangkan kira-kira 10 peratus daripada harta dan aset yang mereka ada untuk membantu mereka yang terjejas.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ramesh berkata anak-anak Mahathir kini sudah kaya dan memiliki harta berbilion ringgit dalam pelbagai cabang perniagaan, pasti amat mudah untuk memperuntukkan sedikit daripada wang yang mereka ada untuk mangsa banjir.

“Sebagai pemimpin Pakatan Harapan, Mahathirlah yang sepatutnya hulurkan bantuan paling banyak kerana beliau Pengerusi pakatan dan beliau perlu menjadi yang pertama memberikan sumbangan.

“Sumber harta keluarga dan anak-anak beliau ada banyak dan ia boleh digunakan sedikit untuk membantu mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang,” kata Ramesh.

Menurut beliau, sebelum ini cucu-cucu Mahathir iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz kerap menunjukkan kekayaan milik bapanya di media sosial termasuk memperlihatkan mereka memiliki sebuah bot peribadi yang besar di Pulau Langkawi.

Ramesh mempersoalkan di mana susuk tubuh Mahathir ketika negeri pakatan dilanda bencana alam yang besar seperti banjir pada ketika ini memandangkan beliau adalah ketua sebuah gabungan pembangkang.

“Pemimpin kerajaan semua sudah turun ke Pulau Pinang, dan hari ini PM Datuk Seri Najib berlepas ke sana dan meninjau keadaan banjir dan mangsa banjir, Mahathir ke mana?

“Sebagai pemimpin pakatan gabungan pembangkang, Mahathir patut yang paling awal datang ke Pulau Pinang dan hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa ini.

“Oleh kerana beliau enggan turun padang, elok sumbangkang 10 peratus daripada kekayaan keluarga Tun Mahathir kepada DAP Pulau Pinang untuk bantu mangsa banjir,” kata Ramesh.

Parti DAP negeri telah membuka tabung bencana dengan akaun di atas nama DAP Pulau Pinang untuk minta derma bagi digunakan untuk mengatasi masalah banjid di negeri Pulau Mutiara itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*