Namewee Dakwa Mana-mana Agama Haramkan Homoseksual Adalah Ajaran sesat

Share This:

 

Penyanyi kontroversi berbangsa Cina , Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee dalam sebuah video yang dimuat naik ke laman Youtube baru-baru ini dikatakan mendakwa ‘mana-mana agama yang mengharamkan homoseksual adalah ajaran sesat’.

 

Dalam video yang berdurasi hampir 9 minit itu, beliau dikatakan mendesak mana-mana individu yang mendakwa Tuhan telah mengharamkan perbuatan seks sejenis itu untuk memberi bukti bergambar kepadanya bagi membuktikan kebenaran itu.

 

Namewee berkata, “Setiap agama utama di dunia tidak mengajar pengikutnya untuk mendiskriminasi atau menafikan orang lain.” “Kalau anda pernah dengar mana-mana Tuhan memberitahu anda homoseksual itu haram, tahniah sebab anda telah ikuti ajaran sesat.”

 

Menurutnya, Tuhan yang sebenar pasti tidak akan mengharamkan golongan homoseksual memandangkan mereka merupakan antara makhluk ciptaanNya.

 

Beliau berkata, “Tuhan yang sebenar adalah Pencipta kepada segala-galanya. Ini bermakna Tuhan juga telah mencipta heteroseksual, homoseksual, biseksual dan juga aseksual.”

 

“Cuba fikir, adakah seorang Tuhan akan membenci hasil ciptaan-Nya? Adakah Tuhan akan menyuruh anda menyisih dan mendiskriminasi ciptaan-Nya? Semua ini adalah ciptaan-Nya.”

 

“Kamu dan saya dihasilkan oleh-Nya. Ada kamu rasa Tuhan tersilap dalam hasilan-Nya? Tak mungkin!” Namewee juga mencabar mana-mana individu untuk mengemukakan bukti bergambar untuk membuktikan kebenaran dakwaan bahawa Tuhan telah mengharamkan perbuatan homoseksual.

 

“Saya tahu ini sebuah isu yang sensitif. Pasti akan ada pihak yang akan tunjukkan bukti bahawa Tuhan ada mengatakan apa yang tidak patut dilakukan.”

 

“Hello bang, saya cabar bahawa bukti kamu itu bukannya ditulis atau dikatakan oleh Tuhan. Ia adalah perbuatan manusia. Betul tak? Ada tak ambil gambar? Gambar menceritakan kebenaran. Kalau ada, boleh tag saya,” cabar beliau.

 

 

Sebelum itu pula beliau dikatakan pernah menghasilkan sebuah video yang dikatakan telah menghina seruan Azan.

 

Menurut sumber ,pada tahun lepas, Namewee pernah menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam Malaysia apabila menghasilkan sebuah klip muzik video ‘Oh My God’ yang disifatkan masyarakat umum sebagai menghina pelbagai agama, termasuk Islam.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*